Rabu, 18 Julai 2012


ALAT MEMOTONG

Kerja memotong dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki. Alat-alat yang digunakan untuk proses ini adalah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, gergaji bajang, gergaji tebuk, dan gergaji lengkung halus.

GERGAJI KERAT (GERGAJI TANGAN)

Fungsi utama gergaji kerat adalah untuk membelah kayu atau mengerat kayu. Ia juga digunakan khas untuk mengerat secara melintang ira kayu yang tebal walaupun ia boleh digunakan untuk membelah kayu yang nipis.

Gergaji ini mempunyai panjang antara 24 inci hingga 26 inci dan 5 ½ gigi setiap inci dan saiznya ditentukan oleh panjang bilahnya. Giginya berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut di antara 70° hingga 80° kepada garisan giginya. Bilangan giginya ialah 5 hingga 9 bilah per 25mm.


 

GERGAJI BELAH

Gergaji belah adalah gergaji yang digunakan khas untuk membelah kayu yang tebal iaitu menggergaji di sepanjang ira kayu. Gergaji ini membelah kayu secara memanjang seperti membelah pantai lantai.

Gergaji belah mempunyai gigi yang bentuknya serupa dengan mata pahat, dan tepi hadapannya bersudut tepat dengan garisan giginya. Bilangan giginya ialah 3 hingga6 bilah per 25mm. Saiz gigi ada tiga jenis iaitu kecil, sederhana dan besar, dan penggunaannya bergantung kepada ketebalan kayu.



 GERGAJI PUTTING 

Gergaji puting digunakan untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat tanggam puting dan sebagainya.

Gergaji ini juga mempunyai gigi yang kecil, 12 hingga 14 bilah per 25mm. Panjangnya ialah antara 200mm hingga 450mm. Gergaji puting dikuatkan dengan patil keluli di belakang matanya manakala pemegang gergaji ialah jenis tertutup.


http://3.bp.blogspot.com/-eFDhEkBcFO0/UAeDDIxbsCI/AAAAAAAAAF0/fOWZPAQIWus/s1600/gergaji+puting.png



GERGAJI BAJANG

Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat terutama dalam membuat tanggam bajang. Ia juga membenarkan pelbagai jenis potongan. 

Gergaji bajang mempunyai gigi yang lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.

Gergaji bajang mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian ‘frame’ atau mukayang boleh dilaraskan dan bahagian bilah. Panjang bilah adalah antara 8inci hingga 16inci. Pada bahagian hujung bilah, terdapat lubang yang membolehkannya bergabung dengan ‘frame’.

http://2.bp.blogspot.com/-osQjxWhQQ7Q/UAeDx29WQZI/AAAAAAAAAF8/Y5DfCgzHIbo/s1600/GERGAJI+BAJANG.png



GERGAJI TEBUK

Gergaji tebuk digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.

Gergaji tebuk mempunyai mata yang halus dan bentuk yang tirus. Panjangnya adalah antara 300mm hingga 450mm.
http://2.bp.blogspot.com/-YYpQzc5w4U0/UAeEPkLW8bI/AAAAAAAAAGE/u98THiMLR00/s1600/GERGAJI+TEBUK.png




GERGAJI LENGKUNG HALUS

Gergaji lengkung halus adalah untuk membuat lengkung yang sempit atau bulatan pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar. Mata gergaji lengkung halus sangat halus dan dipasangkan pada bingkai logam yang tegap.

Mata gergaji ini juga dipasang menghala ke hulu. Panjang matanya ialah150mm. 

Gergaji ini juga mempunyai bilah yang kecil. Cara membuat lengkung menggunakan gergaji lengkung halus.

http://3.bp.blogspot.com/-GWJSH4wFBjo/UAeE4IYH6YI/AAAAAAAAAGM/MP1xl6VEEa0/s1600/GERGAJI+LENGKUNG+HALUS.png

 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan